Wednesday, April 21, 2010

KETENANGAN BERMULA DENGAN TAKWA




Ketenangan boleh diistilahkan dengan satu perasaan yang kuat terhadap sesuatu atau boleh dikatakan sebagai suatu kondisi yang senang dan berlapang dada oleh seseorang itu. Ia boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang menginginkannya. Namun begitu, ia cukup sukar untuk dicapai dan hanya individu-individu yang kuat dan kental sahaja yang mampu memperolehinya. Ketika ia diperlukan, ia sering lari dari kita. Mengapakah ia terjadi? Hal ini kerana ia berlaku ketika kita berada dalam kondisi yang tidak seimbang, kegusaran dan hilang arah tuju membuatkan kita tidak mampu untuk mencapainya.

Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan ini juga boleh diwujudkan dengan satu istilah yang boleh dikatakan sebagai menetapkan hati kepada hanya yang Esa sahaja. Istilah ini dinamakan Ketakwaan. Ketakwaan sememangnya sangat mudah untuk diperkatakan, tetapi cukup sukar untuk diperolehi.

Saya sendiri masih termangu-mangu dengan persoalan iaitu, bagaimana kita mampu memperoleh ketakwaan yang kita ingin-inginkan. Persoalan ini sebenarnya bukanlah persoalan yang penting kerana semuanya terletak dalam hati kita. Sejauhmanakah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap ketakwaan yang jitu itu? Kebanyakan manusia pasti berpaling muka apabila ditanyakan persoalan seperti ini. Namun apakah pengakhirannya sekiranya itu semua berlaku? Bagaimanakah ketengan yang dicari hendak diperolehi sekiranya ketakwaan kepada Allah tidak kukuh?


Ketenangan yang dicari sebenarnya sangat mudah bagi mereka yang beragama Islam. Hal ini kerana kita hanya berpegang pada yang Satu, iaitu Allah. Setiap perkataan-Nya adalah perintah dan kita sebagai umat-Nya wajib patuh kepada perintah-Nya.

Justeru langkah yang terbaik adalah dengan mendekatkan diri kita dengan Allah kerana semua kejadian, di langit dan di bumi adalah terletak di dalam penguasaan-Nya. Jadi, ketenangan yang dicari di sini cukup mudah. Dia akan memberikan segala-galanya sekiranya kita sebagai hamba manusia yang hina ini mendambakan kasih-Nya.
Semoga kita sama-sama dilindungi dan dirahmati-Nya.

Amin, Insya-Allah.


Sekian.


GEN KHALIFAH

Tuesday, April 20, 2010

SALAM UKHWAH KEPADA SEMUA

Assalamualaikum w. b. t. kepada semua pembaca.





Salam ukhwah dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca semua. Salam perkenalan saya tujukan kepada sesiapa yang membaca tulisan di blog saya ini. Sesungguhnya saya baru sahaja menapak dalam dunia blog ini. Diharap semua mata-mata dan jiwa-jiwa dapat membantu saya dalam memperbaiki sebarang tulisan saya, memperbetulkan apa yang saya tersilap dan memberi tunjuk ajar kepada saya sekiranya berlaku kekhilafan. Harap diberi kemaafan sekiranya segala tulisan saya ada mengguris hati-hati yang membaca blog saya ini. Sebarang info boleh disampaikan di ruangan ini bagi memudahkan kita berkongsi ilmu Allah yang tidak terkira banyaknya ini. Terima kasih saya dahulukan. Syukran.

Sekian,


Gen Khalifah